Kereta kabel Langkawi Gunung_Mat_Chinchang

Rencana utama: Kereta kabel Langkawi

Sektor pelancongan di pulau Langkawi semakin menarik dengan adanya kereta kabel di Gunung Mat Chinchang ini. Teknologi kereta kabel dari Austria dan Switzerland berpengalaman membina menara kereta kabel di kawasan pergunungan salji untuk luncur salji. Dari punca puncak gunung ini, dapat dilihat pemandangan gunung dan bukit serta laut yang menghadap ke Lautan Hindi.

Peminat aktiviti mendaki bukit, boleh mencuba denai-denai yang penuh cabaran sama ada untuk mendaki atau menurun. Di puncak gunung ini, disediakan lapangan, laluan dan titian meninjau keindahan hutan dipterokarp yang berusia jutaan tahun yang tidak berusik. Jenis pokok di puncak gunung ini agak berlainan kerana saiznya lebih kecil dan akar cengkam yang berselirat mengikat lantai bumi.